free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jumaat, 31 Disember 2010

*mawaddah 8*:fAtaRMOgArna

FaTaMoRGana


Petang itu nampak dingin..
Tiada burung berterbangan..
Tiada bunga yang gugur..
Gadis itu nampak tenang walaupun hatinya resah..
Resah yang tiada berkesudahan..
Tamsilan seluruh atma dalam keripuhan..
Dia masih dalam kerinduan..
Kerinduan yang memenuhi seluruh ruang hidupnya..
Usai solat...dicapai kitab suci itu..
Terhenti seketika..air matanya jatuh..
Kabur pandangan pada kalimah itu..
Keadaan sepi..
Sesepi bayu pergi..
Pergi dalam kerinduan..
Kerinduan yang tiada berpenghujung..
Walaupun sehingga penghujung dunia..
Dunia yang penuh jalan berliku..
Kadang kakinya tersadung dan tersungkur..
Namun bangit semula kuatkan semangat..
Semangat kehidupan yang dicari..
Kesunyian ini sedarkan dirinya yang lena
Moga langkahnya diterangi cahaya
Rindu mendakap kehilangan..
Punyai hak selagi roh dan jasad masih bersatu..
Sengaja dibiarkan terhimpun di seluruh ruang hati..
Bagai air ditandus sahara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BisMillahhirahmanirahim