free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jumaat, 29 April 2011

*mawaddah 22*: Istikharah CinTA

Istikharah CiNta








Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


Selasa, 29 Mac 2011

*mawaddah 21*: Kalau Allah Baik,Kenapa Buatkan Neraka??


dh lama aku tak kemaskini blog aku..mungkin agaknya sudah berhabuk..hehehe...baru-baru ini aku ada baca artikel dekat ILuvIslam..nk tahu apa dia..bacalah artikel ini..mungkin boleh memberi muhasabah pada kita semua..

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Isnin, 21 Februari 2011

*mawaddah 20*:righteous woman^_^

righteous woman

Heart had stopped crying..
When the grim solar rays emanating..
Meeting beautiful shadow Firdausi..
Be a good remembrance of love..
Painting of two souls into one..
Spotlight seconds met you and I
Courteous wise to remind ourselves
Life and death just for Divine


Grasping the promise of love
Meet you without a body
Speak without a voice
Just writings beautiful language
Closer relationship between our
Through to the end
You're my sacrifice DUREN Sanjung
Like a princess in fairyland
Tika my face fatigue life
You give the breath of spirit
Bidder heart

Ahad, 20 Februari 2011

*mawaddah 19*:definitely not a dream

definitely not a dream ..




With my love of beautiful palaces built
I touch a tomb collapses
the light of my life to be eclipsed
Soul can bear the pain

My sowing seeds of true love in my life
I fertilize myself with natural fertilizers and fresh
but why would you be so toxic Pour
you know only the pain that I receive

I have a fairy palace mimipikan therein
I decorate myself with a high fantasy
very beautifully decorated clothing
but eventually the pain I

Jumaat, 18 Februari 2011

*mawaddah 18*:susah puaskan hati orang

Susah puaskan hati orang




Susah betulkan nak puaskan hati orang lain...
buat itu salah..
buat ini salah..
apa yang betul pun tak tahulah..
tapi yang pasti aku dah buat yang terbaik untuk sesuatu benda..
biarlah orang nak kata apa yang penting benda yang aku buat pasti baik untuk diriku..
tapi mengapa orang kadang-kadang tak faham..
mungkin buat-buat tak faham ataupun bodoh..
adakah manusia memang macam tu ea..hahaha..
pening3...

Selasa, 8 Februari 2011

*mawaddah 17*:love is not perfect




CINTA...
bagi aku CINTA ni tak pernah indah..
yang pasti berakhir dengan kedukaan..
Tapi mengapa ramai yang masih ingin merasai nikmat CINTA..
plik bin ajaib..
huhuhu
btwylah kan aku pun x fham..
apa itu CINTA..
so bg aku LOVE IS NOT PERFECT..

*mawaddah 16*:Hidup iNi Rasa Terseksa.



bg aku nak kata tidak bersyukur bukan itu yang dimaksudkan.
Tapi hati ini selalu geram..
tension, mrah dn mcam2 lagi..
wat ini salah wat itu salah..
habis apa yang btul..
haaaa...
Ya Allah bantulah aku..
Aku hanya hambamu yang lemah..

Sabtu, 15 Januari 2011

*mawaddah 15*:KeInDaHan IsLam



kehidupan ini kadang-kadang susah untuk kita menduga...(jiwang lak ayt n)hehehe..kadang-kadang kita boleh fikir mengapa dunia ni diciptakn untuk kita..kadang-kadang pelik bila kita berfikir begitu..tidak bersyukurkah kalau kita berfikiran begitu..ntahlah dunia2(banyak pula kadang-kadang)..gembira,sedih,rindu semua diciptakan oleh Allah untuk manusia.Tetapi ramai yang tidak mengerti..Pelbagai ujian yang ditempuhi oleh manusia tetapi kadang-kadang manusia ni terlalu singkat pemikirannya dan suka menyalahkan takdir..sedangkan Allah turunkan semua dugaan itu ada hikmahnya tanpa kita sedari oleh diri kita atau orang lain..Bila kita timbul penyesalan baru kita tahu menghargai apa yang Allah turunkan pada kita..Setiap dugaan yang kita terima telah ditentukan oleh Allah untuk kita..jadi mengapa kita terlalu memikirkan semua yang tidak munasabah..Jadi rakan-rakanku fikirlah dengar wajar siapa kita di pandangan Allah SWT..

BisMillahhirahmanirahim